PRU14 jadi ‘pilihan raya pos’

KUALA LUMPUR : Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar mempertikai tindakan Suru- hanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah sembilan kategori pengundi pos pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) ini.

Menurutnya, keputusan tersebut bercanggah dengan 22 cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Pilihan Raya termasuk berkaitan undi pos.

“Undi pos ini dikawal oleh pihak atasan. Selama ini, undi pos untuk tentera, polis dan isteri masing-masing.

“Tiba-tiba Pengerusi SPR terbaru, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (yang juga), mantan setiausaha sulit Annuar Musa, ahli parlimen Umno Ketereh, tidak tahu silap matanya.

“Tidak cukup dengan tentera, polis, dan isteri mereka, dia tambah sembilan lagi kategori sampai undi pos mencecah lebih satu juta orang,” ujar beliau.

Kategori baru pengundi pos, jelas beliau termasuk jururawat, pegawai kesihatan dan pegawai penjara.
Berucap pada majlis Ceramah Perdana PH Parlimen Sungai Buloh, baru-baru ini, beliau menggelar PRU-14 sebagai ‘pi lihan raya pos’ memandangkan pada PRU 2013 hanya terdapat sejumlah 400,000 pengundi pos.

“Dia mahu pastikan kita kalah 30 daripada 222 kerusi Parli men,” dakwa bekas ahli parli men Lembah Pantai itu.

Nurul Izzah juga memberita hu lebih 28,000 anggota tentera dan ahli keluarga di seluruh negara ditambah dalam senarai pemilih menjelang pertenga- han tahun lalu.

Menjelang PRU-14, SPR membuka permohonan undi pos kepada warga Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih termasuk dalam kategori Pen gundi Pos Dalam Negara mulai 19 Februari lepas manakala Pengundi Pos Luar Negara sejak 23 Januari lalu.

Kategori mereka yang layak memohon mengundi melalui pos adalah yang disahkan oleh majikan dan perlu bertugas pada hari mengundi.

Selain polis dan tentera yang tidak dapat hadir mengundi awal, mereka adalah petugas media, anggota Agensi Pen guatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), anggota Jabatan Pen jara Malaysia, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malay sia serta anggota dan petugas hospital dan klinik kerajaan.

Turut tersenarai anggota Su karelawan Polis, anggota Ang katan Pertahanan Awam (APM), anggota Jabatan Imigresen, anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sehubungan itu, peman tau pilihan raya Bersih 2.0 menganggap tindakan SPR membesarkan kategori pen gundi pos sebagai bermasalah serta “melanggar prinsip hak mengundi, keselamatan undi, integriti pilihan raya dan proses demokrasi”.Bersih 2.0 juga berpendapat tiada garis panduan yang jelas tentang identiti ‘majikan’ serta memper soal permohonan pengundian pos dalam negara yang telah dibuka sebelum tarikh sebenar pilihan raya dimaklumkan.

“Bagaimana penjawat awam boleh membuat permohonan undi pos tanpa mengetahui bahawa mereka sememangnya bertugas pada hari mengundi?” kenyataan Bersih 2.0 dipetik












Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan