BN terdesak berkempen awal

KUALA LUMPUR: Biarpun tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) secara rasmi bermula pada 28 April ini tetapi BN dilihat terdesak berkempen jauh lebih awal dengan me manipulasi pelbagai bentuk medium.

Tidak cukup dengan dominasi imej serba bagus di Buletin Utama TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian, BN turut ‘menjajah’ seluruh lokasi strategik di jalan raya utama sekitar Kuala Lumpur.

Tinjauan di sekitar ibu negara menda- pati rata-rata kawasan berpenduduk ramai pengundi Melayu menjadi sasaran utama kempen BN dengan pemasangan bendera dan lambang dacing pelbagai saiz.
Tidak cukup siang, dominasi BN juga masih ketara menonjol pada waktu malam dengan paparan skrin elektronik bersaiz gergasi yang dapat dilihat dari kedua-dua arah jalan raya.

Di Parlimen Lembah Pantai yang mengisi banyak blok flat kos rendah, skrin bercahaya di Jalan Kerinchi me- maparkan kempen BN berserta gambar Najib Razak bersama sekumpulan anak muda pelbagai kaum.

Tertera ungkapan, “Manifesto Barisan Nasional Bersama BN Hebatkan Nega- raku” diikuti terjemahan dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris yang muncul saling silih berganti di kawasan berceracak gedung beli-belah, hotel dan apartmen mewah itu.

Di Kampung Baru yang terletak dalam Parlimen Titiwangsa, lokasi sekitar pintu gerbang dan Masjid Jamek di satu- satunya kampung warisan Melayu yang masih berbaki di pusat bandar raya, ‘ribut’ kempen BN paling terserlah. BN berbelanja besar untuk kempen PRU-14 walaupun sudah sedia men- guasai media arus perdana apabila sepanjang Jalan Raja Abdullah dipenuhi bendera dan kain pemidang parti yang dicetak oleh syarikat dari Shanghai, China itu.

Rumah pangsa PKNS di sebelah stesen LRT Kampung Baru dan flat menghadap Jalan Tun Razak pula hampir diteng- gelami dengan bendera BN yang turut digantung dari hampir semua tingkat.

Penghuni di kedua-dua flat kos rendah berusia lebih 40 tahun di Kampung Baru itu dilihat sebagai harapan BN untuk terus berkuasa di Parlimen Titiwangsa BN terdesak berkempen awal Oleh B AT U PAHAT: Penetapan tarikh pengundian pada Rabu, 9 Mei oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikhuatiri menjejaskan hak mengundi lebih 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

M enurut Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kaiat, tindakan SPR menetapkan tarikh pembuangan undi pada hari bekerja di tengah minggu dilihat menyusahk an pengundi yang bekerja di Singapura.

“SPR masih mempunyai tarikh untuk mengadakan pilihan raya sebelum Ramadan yakni pada 6 Mei atau 13 Mei yang jatuh pada hari Ahad sebagai peneta pan tarikh yang jatuh pada hari cuti.

“Tindakkan SPR seperti menyembunyikan sesuatu agenda bagi menyukarkan pengundi membuang undi khususnya bagi mereka yang bekerja di luar negara terutama Singapura,î ujar Suhaizan dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, Johor adalah negeri yang terjejas teruk den gan tarikh pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Menurutnya, walaupun Malaysia memberi cuti umum kepada pekerja sektor awam serta meminta syarikat swasta memberikan pelepasan ke pada pekerja untuk mengundi namun perkara itu tidak ber laku di Singapura.

“Pakatan Harapan (PH) perlu berbincang dengan kerajaan Singapura untuk memberi kelonggaran kepada pekerja di Singapura membuang undi,” katanya.

biarpun kerajaan sebelum ini galak mahu mengambil tapak kediaman mer eka bagi membina projek mewah.

Lokasi tumpuan warga kota beriadah di Tasik Titiwangsa yang pernah cuba mahu ditutup ekoran projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) pula sejak bulan lalu lagi dijengah gantungan lambang dacing.
Sementara itu, wajah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat menakluk Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit seh- ingga ke Plaza Pekeliling.

Kelibat bekas Menteri Wilayah Perse kutuan itu juga terpampang pada papan iklan di tepi Stesen Keretapi Kuala Lum pur Sentral yang merupakan lokasi wajib singgah pelancong asing.

Di Jalan Gombak yang menjadi antara laluan paling sibuk di ibu negara turut terpampang billboard gergasi memujuk pengundi supaya memilih BN bagi Parli men Wangsa Maju.













Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan