PETALING JAYA: Beberapa menteri persekutuan era Barisan Nasional (BN)
mengucapkan selamat maju jaya kepada pengganti dari Pakatan Harapan,
dan ada yang bersetuju dengan pilihan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad itu.
Bekas menteri sumber manusia, Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem memuji penggantinya, M Kulasegaran dari DAP.
Beliau berkata Kulasegaran terbaik untuk jawatan itu kerana dia
terdengar tentang kerja baik yang dilakukan Kulasegaran di Mahkamah
Perusahaan, di mana pertikaian antara majikan dan pekerja didengari.
Beliau berharap Kulasegaran akan meneruskan usaha yang dibuat selama ini dan membenarkan ia membuahkan hasil.
Bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Maszlee
Malik mempunyai kelayakan yang sesuai untuk portfolio pendidikan.
“Rakyat perlu berikan masa kepada dia kerana sistem kita yang besar
dan rumit; kita ada banyak jenis sekolah. Dari apa yang saya dengar
setakat ini, saya suka beberapa idea dia,” katanya.
Mahdzir berharap Maszlee akan terus memberi penekanan pada pengukuhan
Bahasa Inggeris dan mata pelajaran matematik, sains, kejuruteraan dan
teknologi.
Bekas menteri lain pula berkata begini:
Bekas menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tentang
Mohamed Sabu: “Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Saya
berbangga diberi peluang berkhidmat di Kementerian Pertahanan dan untuk
Angkatan Tentera Malaysia dan berharap dia juga akan merasai kebangsaan
yang sama.”
Bekas menteri komunikasi dan multmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak
tentang Gobind Singh Deo: “Beliau seorang Ahli Parlimen yang
berpengalaman dan juga seorang peguam, saya yakin dia memiliki kualiti
kepimpinan untuk menerajui kementerian.”
Bekas menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek tentang Salahuddin Ayub: “Tahniah dan selamat maju jaya
dalam tugas baharu.”
Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tentang Lim
Guan Eng: “Dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.”
Tiga belas pemimpi PH mengangkat sumpah di depan Agong semalam. Tun
Dr Mahathir Mohamad dijangka menamakan 12 menteri Kabinet lain dalam
tempoh seminggu atau 2 minggu lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan