Tujuh pemimpin tanding presiden, tertinggi dalam sejarah Umno

KUALA LUMPUR,  — Umno menerima tujuh pencalonan bagi merebut jawatan presiden Umno, tertinggi dalam sejarah parti tersebut.

Ketua Setiausaha Eksekutif Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata senarai nama calon yang layak bertanding akan diumumkan tak lama lagi

Malay Mail difahamkan antara calon tersebut adalah bekas menteri besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin.

Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan itu.

Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dan ahli parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah juga mengesahkan bertanding jawatan presiden.
Turut mahu bertanding jawatan sama adalah penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan