Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini mendakwa Biro Tata Negara (BTN) akan dimansuhkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata perbincangan mengenai perkara sedang dijalankan dan pengumuman akan dibuat “tidak lama lagi”.
“Izinkan saya memberitahu anda , BTN akan dimansuhkan … hanya menunggu pengumuman yang akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.
Ahli Parlimen Muar itu bercakap di forum yang bertajuk “Landskap
politik yang berubah dan aspirasi belia” di Universiti Sunway hari ini.
BTN pernah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik
Ahmad, agar ia dimansuhkan kerana berpendapat BTN ‘sangat memihak dan
bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara’ dan masih beroperasi
dalam ‘kerangka Perang Dingin’ sedangkan dunia sudah berubah.
Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji cadangan
memansuhkan BTN yang dikemukakan beberapa pihak sebelum ini, kata
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam manifesto Buku Harapan oleh kerajaan PH antara salah satu
daripada manifesto yang sering diperkatakan adalah pemansuhan BTN.
Namun pada 5 Julai lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa,
berkata, BTN merupakan antara 26 jabatan kerajaan yang dikekalkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri dan akan dirasionalisasi strukturnya. Ini
menurut surat yang ditandangani oleh beliau pada 26 Jun lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan