KUALA LUMPUR -
Kerajaan meminta pihak pembangkang mengemukakan bukti bertulis bahawa
hutang negara dahulu (1980-1990) lebih banyak dari sekarang, kata
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, angka dalam laporan tahunan 1980-1990-an merupakan angka sebenar.
"Kalau Ahli yang Berhormat dapat tunjuk angka yg berlainan, saya amat berterima kasih kerana ia bermakna saya tidak betul.
"Tetapi, saya ada di situ (kerajaan) selama 22 tahun, sedikit sebanyak tahulah angka-angka pertumbuhan, kewangan serta hutang," katanya.
Ketika itu, Dr. Mahathir berkata, negara tidak pernah behutang RM42 bilion dalam satu masa dan tidak pernah ada hutang lebih RM1 trilion.
Beliau berkata, jika ada bukti, ketengahkan, selain menegaskan bahawa negara kurang mendengar perkataan trilion tetapi sekarang hutang negara lebih RM1 trilion.
"Saya tidak tahulah, kalau RM1 trilion itu kurang daripada RM300 bilion (hutang negara ketika itu)," katanya. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan