Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang menyerahkan kepada pimpinan
tertinggi Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan berhubung
pemilihan calon Speaker Dewan Rakyat.
Penasihat DAP itu berkata jawatan itu tidak menjadi keutamaan kepada
dirinya kerana fokus utama adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat
yang telah memilih PH sebagai kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Kit Siang, yang juga Anggota Parlimen Iskandar Puteri, mengulas
desas-desus kononnya beliau adalah antara calon disenaraikan untuk
pemilihan Speaker Dewan Rakyat di samping bekas Penasihat Sosio-Budaya
Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail berkata senarai nama calon Speaker Dewan Rakyat telah
dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH dan keputusan perlu
dimuktamadkan segera sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan