Pengerusi jawatankuasa itu adalah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Timbalannya Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di Oxford Centre for Islamic Studies, selain Syed Danial yang turut menganggotai jawatankuasa itu sebagai Setiausaha jawatankuasa.
Keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan; bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.
![](https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2018/08/Syed-Zainal-Wan-Aziz-650x473.jpg)
(dari kiri) Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Datuk Wan Mohd Sheikh Abdul Aziz.
Ahmad Sarji berkata fokus utama jawatankuasa itu ialah mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam, latar belakang penubuhan, fungsi, bidang kuasa serta keberkesanan agensi agama sedia ada di peringkat persekutuan.
![](https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2018/08/Abdul-rahamn-Aidi.jpg)
(Dari kiri) Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Aidi Moktar.
“Jawatankuasa telah mengenal pasti kumpulan sasar yang akan dijemput untuk memberikan pandangan dan input berkaitan, berdasarkan penetapan lima kluster yang secara inklusif mewakili sektor syariah dan perundangan, kewangan dan ekonomi, pengurusan, pendidikan dan dakwah,” katanya dalam kenyataan.
Pada 30 Julai lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.
Dalam kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menegaskan, penubuhan jawatankuasa tertinggi terbabit selari dengan kedudukan Islam yang termaktub mengikut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.
0 comments:
Catat Ulasan