Henti segera caj kad prabayar SST enam peratus, kata menteri

KUALA LUMPUR, ― Menteri kewangan hari ini menggesa syarikat telekomunikasi tidak lagi mengenakan caj enam peratus cukai perkhidmatan ke atas kad prabayar.

Lim Guan Eng berkata senarai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikeluarkan pada September jelas mengecualikan caj berkenaan.

“Buat perubahan yang perlu atau kementerian yang akan melakukan perubahan itu,” katanya ketika ditemu bual pagi ini di RTM.

Beliau berkata kerajaan memberi jaminan pengguna mendapat nilai prabayar sepenuhnya apabila membuat tambah nilai.

“Sejujurnya saya tidak faham mengapa syarikat ini menyusahkan mereka dan pengguna dengan menawarkan rebat selepas pemotongan.

“Sama ada mereka mempunyai masalah dengan sistem sedia ada atau masih mempunyai mentaliti Barisan Nasional, saya sudah arahkan mereka buat perubahan,” katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan