Larangan straw plastik dikuatkuasa 1 Januari 2020, untuk peniaga sahaja

Penguatkuasaan penuh larangan penggunaan straw plastik konvensional akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 yang ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan bukannya orang ramai.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikshan pengusaha kedai makan atau peniaga terbabit merupakan pemegang lesen yang mana larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Januari 2019.

“Kementerian wilayah telah mengambil inisiatif untuk memasukkan larangan penggunaan straw plastik konvensional di dalam syarat-syarat lesen mulai 1 januari 2019 supaya ia boleh dikuatkuasakan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama katanya, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternatif.

Tambahnya, kempen-kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional ini akan dijalankan sepanjang tahun 2019 sehingga penguatkuasaan dilaksanakan pada 1 januari 2020.

Adnan turut menjelaskan golongan kurang upaya dan pesakit yang memerlukan straw dan bahan-bahan plastik di dalam kehidupan harian mereka dikecualikan daripada sebarang tindakan.
Katanya, straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas boleh digunakan sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional.

Inisiatif untuk mengehadkan penggunaan produk-produk plastik konvensional yang berasaskan hidrokarbon telah diperkenalkan sejak 2016 dan telah dikuatkuasakan mulai 1 september 2017.

Bagi meluaskan inisiatif ini straw plastik konvensional telah dimasukkan sebagai salah satu produk yang dikelaskan di bawah produk yang mempunyai kesan negatif pada alam sekitar.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan