“Saya beri notis 24 jam kepada mereka yang tularkan video saya. Jika terus tular, saya akan saman dalam masa terdekat. Ini amaran yang saya bagi kepada mereka.
“Kalau tidak tahu hujung dan pangkal jangan cuba hendak tularkan [video mengenai] saya,” kata Norhizam Hassan Baktee dalam satu video lain yang disiarkan MelakaKini.
Exco itu, juga pemimpin DAP negeri, menafikan beliau bersikap biadab terhadap sekumpulan penduduk itu ketika berbincang tentang isu penutupan jalan di kawasan perumahan.
“Takkanlah sebagai exco saya nak bersikap biadab? Saya turun padang buat kerja. Saya berdepan dengan 20 orang yang buat provokasi dan menentang saya, jadi saya hadaplah.
“Suara mereka tinggi [jadi] saya kena tinggikan suara, itu saja. Saya tidak cakap perkara-perkara yang kurang ajar, saya tidak keluarkan perkataan maki hamun,” jelasnya lagi.
Perbincangan tentang penutupan jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu yang ditutup sejak 2 Oktober lalu dianggap membawa kesulitan kepada penduduk berdekatan.
Dalam suasana tegang itu, Norhizam dalam video bersama penduduk itu dilihat meninggikan suara dan memarahi warga emas dan mempertikaikan penyokong Umno.
Namun Harian Metro melaporkan seorang penduduk mendakwa mereka pada awal mendekati ahli politik itu dengan baik.
“Saya tidak sangka dia akan bersikap sebegitu, kami mendekatinya secara baik, tetapi sebaliknya berlaku,” kata Juliah Mohamat.
0 comments:
Catat Ulasan