Anak sulung Zahid, abang tiri turut disiasat SPRM

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Anak sulung presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan penyelewengan dana yayasan.

Selain Datuk Nurulhidayah, abang tiri bekas timbalan perdana menteri itu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi turut dipanggil untuk siasatan itu, lapor Harian Metro.

Ahmad Zahid tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.20 pagi tadi bagi siasatan kali ketiga selepas memberi keterangan pada 2 dan 3 Julai lalu.

Beliau disiasat berhubung dakwaan salah guna RM800,000 dana Yayasan Akal Budi yang diuruskan keluarganya.

Nurulhidayah tiba 15 minit kemudian menaiki Range Rover berwarna putih.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan