Oleh Hanipa Maidin
Isu audio rakaman seorang
pemimpin parti ehem yang mungkin kini semua orang tahu isi kandungannya
telah menjadi satu isu yang amat besar di negara ini.
Mungkin
ramai yang persoalkan mengapakah audio itu yang pada mulanya tidak
diakui oleh "pemilik suara" audio itu dengan pelbagai, orang kata , "
flimsy grounds" tiba-tiba diakui dan diakui terima sebagai keterangan
yang tidak dipertikaikan ( undisputed evidence ) di mahkamah di London.
Semua kita tidak tahu alasan sebenar mengapa pertamanya pihak
plaintif iaitu pihak yang saman Sarawak Report tidak membantah
kemasukkan keterangan audio tersebut. Keduanya, kita juga tidak tahu
mengapakah Plaintif yang sebelum ini begitu yakin akan menang kes itu
tiba-tiba bertukar fikiran tidak mahu teruskan saman itu?
Saya yakin ramai yang membuat pelbagai spekulasi. Maaf saya juga tidak berkecuali.. juga ingin berspekulasi.
Sebagai seorang mantan peguam dan ada sedikit pengalaman sebagai
peguam bicara ( a trial lawyer ) dan pernah juga ada sekelumit
pengalaman kendalikan kes-kes saman fitnah, saya berspekulasi bahawa
menurut "my hunch" ( gerak hati ) sebagai orang yang ada "DNA trial
lawyer"...audio itu adalah satu keterangan yang paling parah bagi kes
presiden parti ehem. Kami, tok loyar panggil keterangan seperti itu "a
damning or incriminating evidence".
Jika ia adalah "a damning
evidence", awat tak mahu bantah? Soalan yang sah dan logik. Saya tiada
jawapan yang pasti. Hanya boleh berspekulasi. Spekulasi saya adalah
mudarat lebih besar jika bantah dibandingkan jika terima keterangan
tersebut.
Jika bantah selepas itu mahkamah tolak dan kemudiannya
terima pula audio itu sebagai keterangan kesan " letupan volcano"nya
baik kepada kes atau dari segi politik lebih dasyat skala richternya.
Dari segi kes , bila bantah lepas itu mahkamah tolak bantahan (
overrule the objection ) dan terima pula sebagai keterangan, ia ada
kesan besar pada isu kos dan juga mungkin kredibiliti kes Plaintif itu
sendiri dan akhirnya keputusan muktamad kes itu. Dalam bahasa mudah,
risikonya sangat tinggi dan firma guaman Carter Ruck yang amat
berpengalaman mengendali kes -kes saman fitnah bukan sahaja di UK tapi
juga di Eropah,saya jangka, sangat arif perkara itu.
Justeru
itu, bila diakui terima rakaman audio itu, berkemungkinan besar, kesan
kepada isu kos jika kalah tak seteruk jika bantah dan risiko mahkamah
tolak bantahan tersebut dan terima masuk audio tersebut. "We lawyers
alwas think about the cost". Ingat ini perbicaraan di London. Ia tak
sama kita bicara di mahkamah di Kuala Trengganu misalnya. Di London ,
segalanya mahal .
Saya berspekulasi bahawa segala keyakinan
Plaintif atau peguamnya terhadap kes mereka mungkin ranap dan hancur
berkecai seperti debu ketika rakaman audio itu " muncul". Itu gerak hati
saya lah. Mungkin sahaja saya silap.
Actually banyak lagi
nak bespekulasi tapi saya stop dulu lah. InsyaAllah selepas parti ehem
katanya akan keluar kenyataan rasmi pada atau selepas 11hb ini, saya
akan mungkin komen atau berspekulasi lagi.
Jangan risau ini
semua sekadar spekulasi liar saya sahaja. Ia macam orang main saham.
Kadangkala pasaran ditutup lega , kadangkala ia tutup bercampur campur.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan