Oleh Dr Muhammad Atiullah Othman
Bulan Oktober 2016 adalah paling hitam dalam hidup saya. Buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan.
Saya sebagai penjawat awam, tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB
Nik Mohamad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah. Semua penjawat awam
telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan rasuah sebagai
syarat pengesahan jawatan.
Hari
kejadian, saya betul-betul di hadapan UNA. Tiada seorang pun depan
saya. Telunjuk UNA yang marah terhadap Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM)
yang membantah ‘ambil duit UMNO’, secara fizikalnya menuding kepada
saya. Pimpinan lain yang hadir dan bersama dengan pandangan UNA adalah
Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
At-Takiri .
UZM persoalkan hujah. Cuba memerhati hadis Nabawi dan
perbahasan Fiqh. Tetapi, UNA pula melenting tak tentu pasal.
Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi sebab saya
betul-betul di hadapan UNA. Antara UNA dan UZM, ada dua orang iaitu
Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
At-Takiri.
Tiada seorang pun di hadapan saya. Tiada kepala yang
menghalang saya dari memandang UNA. Di belakang saya pula adalah Ustaz
Hazmi Dibok. Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu
persatu orang yang hadir. Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah
ataupun lebih empat puluh (40) orang.
Selepas hari kejadian, saya
sangat kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PAS. Memang
bukan semua, tetapi saya sangat kecewa dengan UNA. Wajahnya bagaikan
Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang
Marcos.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan