Oleh
FARHAN ZULKEFLY
Pada,5
Mac 2019, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah
mengesahkan bahawa UMNO dan PAS merupakan pasangan suami isteri yang
sah. Sudah tentu penyatuan dua parti Melayu terbesar ini akan melahirkan
respon yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bagi penyokong Umno dan Pas, mungkin sebahagian besar sudah mula
menerima antara satu sama lain, kerana mereka berkongsi tujuan yang sama
iaitu meranapkan kerajaan PH yang diketuai Tun Mahathir, tetapi
menyokong Tun Mahathir. Nampak macam pelik tapi ini lah pendirian
mereka.
Bagi penyokong dan pimpinan PH pula, sudah tentu mereka merasakan
gabungan ini sesuatu yang melucukan kerana dulu Pas dan Umno berperang
bagai nak rak, akhirnya dengan sekali lafaz, terus bernikah. Lebih lucu
apabila pimpinan PH sendiri merasakan ini lucu sedangkan mereka sendiri
bersama Tun Mahathir, “Bapa Perosak Negara” di mata pimpinan dan
penyokong PH. Tapi inilah politik.
Walau lucu bagaimana pun, gabungan PAS-UMNO ini bukan boleh
ditertawakan. Dalam PRU ke-15, andai kata Pas-Umno masih bersama dan
tidak berebut kerusi, penyatuan ini sudah pasti mampu menggoyahkan
kekuatan PH. Terdapat sekurang-kurangnya 29 kerusi Parlimen PH yang
bakal tumbang jika pengundi Pas-Umno setuju untuk mengekalkan sokongan
pada gabungan ini. Jelas, jika PH gagal mendapatkan sokongan pengundi
Melayu, maka mereka mungkin akan tewas dalam PRU ke-15.
Bagaimana PH ingin dapatkan sokongan Melayu?
Fokus pada 3 perkara utama – kebebasan demokrasi, hapuskan rasuah, kurangkan kesengsaraan sara hidup.
Kebebasan demokrasi – Bagi mereka yang menyanjung tinggi dan
menghargai demokrasi, sudah pasti dapat lihat dengan jelas bahawa ruang
demokrasi di Malaysia sudah semakin terbuka sejak hari pertama PH ambil
alih kerajaan. Siapa hari ini yang takut untuk bicara? Pembangkang?
Tidak. Tiada siapa. Siapa hari ini yang tak dibenarkan keluar TV atau
digam? Tiada siapa. Siapa hari ini yang tak dibenarkan masuk universiti
dan sekolah? Tiada siapa. Kebebasan ini tidak berlaku di zaman BN, tapi
berlaku di zaman PH hinggakan ada penyokong PH yang merasakan bahawa
lebih baik PH kembalikan sekatan pada pembangkang seperti yang BN
lakukan, tapi PH masih setia dengan prinsip.
Hapuskan rasuah – Hari ini, walaupun kebebasan bersuara diberikan
kepada semua, kes rasuah yang melibatkan pimpinan PH cukup sayup. Zaman
BN dahulu, pasti wujud ketirisan melampau dan salahguna kuasa. Ini belum
berlaku dan harap tidak berlaku di zaman PH. Tetapi malangnya, apabila
bercakap soal rasuah, kita tidak boleh lari dari integriti. Hari ini,
masih ada pimpinan PH yang menipu sijil akademik mereka dan mereka ini
masih boleh berkhidmat sebagai menteri di dalam kabinet. Ini memalukan.
Maknanya, usaha mengangkat integriti masih belum diselesaikan dengan
baik oleh PH.
Isu sara hidup – Selepas PH menang, rakyat kebanyakan merasakan
bahawa PH mampu mengurangkan beban sara hidup mereka. Tol dimansuhkan,
PTPTN dihapuskan, harga minyak diturunkan, harga barang turun, tetapi
malangnya, semua ini tidak berlaku, malah BR1M yang ditukar nama kepada
BSH pula yang diturunkan. Cakaplah apa pun, PH telah gagal menyelesaikan
isu ini dan tidak nampak langsung niat PH untuk cuba membantu rakyat
dalam isu ini.
Menjawab persoalan tadi, bagaimana caranya untuk PH menang hati
rakyat Melayu? Jawapannya mudah, selesaikan isu integriti dan masalah
sara hidup rakyat. Jika masalah sara hidup rakyat Malaysia dikurangkan,
bukan sahaja Melayu, malah India, Cina, Iban dan lain-lain juga akan
turut menyokong PH dan endahkan Umno-Pas kerana hidup mereka mulai
sedikit senang. Ini sahaja caranya, alihkan isu kaum dan fokus isu sara
hidup.
Tapi kalau PH ingin terus bermain politik serang dan melayan politik
perkauman, PH silap besar, kerana penyokong Pas-Umno akan beri jawapan
yang sama iaitu demi gabungan umat dan kaum.
PH dedah isu 1MDB? Tak peduli, yang penting Melayu bergabung.
Nik Abduh tak cam suara sendiri? Tak peduli, yang penting Melayu bergabung.
Abdul Hadi bayar Clare? Tak peduli, yang penting Melayu bergabung.
Ada bukti cek? Tak peduli, yang penting Melayu bergabung.
Takut nanti, makin dilayan, dan peluru PH dah mula nak habis,
tiba-tiba PH “dedahkan” Najib dan Hadi bukannya orang Melayu pula hanya
kerana PH ingin menjadi lebih melayu dari Umno-Pas.
Penulis merupakan Eksekutif Komunikasi dan Perhubungan syarikat GLC dan penulis buku “Sudahlah Politikus”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan