MCA akan ‘mati’ lebih cepat jika terus bersama BN

MCA akan “mati” lebih cepat jika terus bersama Barisan Nasional (BN) ketika Umno bekerjasama dengan PAS, kata bekas presidennya Dr Chua Soi Lek, kerana ia tidak lagi akan dapat sokongan masyarakat Cina.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Chua berkata, masyarakat Cina bukannya menolak Islam sebaliknya bermasalah dengan PAS yang disifatkannya sombong, tidak menghormati sensitiviti dan sering mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang lain.

“Jika terus bersama-sama Umno dan kemudiannya Umno menjalinkan kerjasama dengan PAS, MCA akan mati lebih cepat kerana tidak mendapat sokongan masyarakat Cina,” katanya, seperti dilapor Mingguan Malaysia.

Untuk itu, beliau berkata MCA tiada pilihan selain keluar daripada BN.

“Pada pandangan saya, MCA kena keluar BN dan berani berdikari,” katanya.

Chua mengakui PAS ada hak untuk menjaga umat Islam dan Melayu tetapi ia tidak harus mengguris hati kaum lain.

Beliau memberikan contoh kenyataan seperti “lebih baik negara dipimpin orang Islam yang rasuah daripada bukan Islam yang bersih dan cekap” sebagai antara kenyataan pemimpin PAS yang melukakan hati kaum lain.

“Perkara ini juga menunjukkan orang bukan Islam dianaktirikan. Apabila berlaku isu ini, DAP akan muncul tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Minggu lalu, MCA dan MIC menyuarakan hasrat untuk keluar daripada BN bagi meneroka satu pakatan baharu yang mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan dua parti berkenaan.

Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Jumaat lalu, MCA membentangkan resolusi parti itu yang mahu membubarkan BN namun tiada konsensus dicapai menyebabkan setakat ini, MCA dan MIC kekal dalam gabungan BN.

Dalam wawancara itu, Chua mengakui MCA memang akan kehilangan kelebihan terutamanya di kawasan majoriti pengundi Melayu sekiranya meninggalkan BN.

“Itu kawasan Melayu, bagaimana kawasan Cina? Orang Cina tetap akan tolak PAS, bukan sebab agama. Isunya mereka sombong, tidak menghormati sensitiviti dan keluarkan pandangan mengguris hati orang lain.

“(Orang Cina sokong PAS masa dalam Pakatan Rakyat) Itu disebabkan masyarakat Cina hendak menukar kerajaan kerana sudah bosan dengan Umno dan BN.

“Kalau lihat sekarang DAP pun sudah tidak berani bersama PAS,” katanya.

Chua menerajui MCA antara 2010 hingga 2013, mengalahkan Ong Tee Keat dalam pemilihan parti yang diadakan beberapa bulan selepas Ong hilang sokongan parti melalui undi tidak percaya
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan