Pas Gabung Umno,Lantak La,Ada Aku Kisah !!

Oleh  Abe Awang Malaya

Kita tak kisah sangat PAS nak gabung dengan UMNO, itu strategi masing-masing parti, nak gabung dengan parti apa pun lantak lah.... Yang kita marah sebab mereka berbohong.

PAS berpecah atas sebab itu... Pemimpin PAS yang halang UG PAS-UMNO selepas PRU-2008 disingkirkan dari parti dalam Muktamar Agong tahun 2015 kerana sebab itu.... Amanah tertubuh dengan sebab itu.... Husam dipecat dari PAS kerana itu.... Kerana mendedahkan bahawa pemimpin tertinggi PAS ada hubungan sulit dengan UMNO.

Begitu jalan cerita politik kita... Sudah begitu takdir yang tersurat... Setiap kejadian mesti ada sebab-musababnya.... Kerana itu, politik kita hendaklah disesuaikan dengan realiti pada hari ini dan merancang untuk hari esok sehingga PRU-15, bukannya asyik mengungkit-ngungkit perkara yang sudah jadi sejarah lalu berpolitik atas dasar benci dan dendam....

Disebabkan PAS berpecah, tertubuhnya Amanah... Disebabkan kesungguhan pemimpin Amanah, maka terbentuklah Pakatan Harapan.... Kalau tak ada Pakatan Harapan, kita sekarang masih dijajah oleh UMNO.

Siapa sangka... Ketika PAS singkirkan mereka dulu, dengan harapan karier politik mereka semua sudah berakhir.... Mereka menubuhkan Amanah dalam keadaan yakin tak yakin, dalam keadaan gelap gambar tak nampak macam mana nak hadapi BN dalam PRU-14 nanti.... Siapa sangka, mereka semua sekarang sudah jadi menteri dan timbalan menteri, serta ada yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan dalam GLC.

PAS nak gabung dengan UMNO...? Kita jawab, mujur mereka baru nak gabung sekarang.... Kalau PRU-14 hari tu PAS dah gabung dengan UMNO, mati hidup balik pun PH tak boleh menang.... Tapi Allah tak buka hati dan kepala hotak mereka untuk berfikir begitu... Mereka duk fikir kalau tiga penjuru, BN akan menang besar.... Dan ternyata, selepas PRU-14, PAS dan UMNO dua-dua mengaku mereka kalah kerana tiga penjuru.

Saya pernah tulis status sebelum PRU-14 dulu, bodoh benarlah lebai PAS yang berfikir kalau tiga penjuru PAS dapat bantu UMNO... Saya tulis, ini pilihanraya, bukan perlawanan gusti, boleh dua lawan satu.... Kalau tiga penjuru, bukannya undi PAS boleh dicampur dengan undi BN.

Tengok balik keputusan PRU-14 yang lepas, berapa banyak kerusi kalau undi PAS dicampur dengan undi BN, kalah calon PH... tetapi disebabkan tiga penjuru, tak pasal-pasal calon PH yang menang.

Kebanyakan pemimpin PAS berpusat di Terengganu dan Kelantan... Jadi mereka yakin tiga penjuru boleh menang ialah kerana mengambil-kira sentimen di Kelantan dan Terengganu yang 98% pengundinya adalah orang Melayu... Padahal Di Kelantan dan Terengganu cuma ada 22 kerusi parlimen... Masih ada 200 kerusi lagi yang perlu direbut oleh PH... Daripada 200 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak tu, PH nak menang 120 kerusi je, 80 kerusi lagi tak apalah, parti apa nak menang pun... sebab 120 kerusi itu sudah cukup untuk menumbangkan BN dan menjatuhkan Najib.... Ternyata, PH dan sekutunya menang 121 kerusi.

Segala kejadian yang telah berlaku dan sudah menjadi sejarah itu hanya sebahagian dari rentetan-rentetan yang menjadi sebab-musabab hingga sampai kepada apa yang kita hadapi sekarang, PH memerintah negara.

9 Mei 2018 adalah tarikh keramat... Hari yang memahatkan kenangan paling manis yang tak mungkin luput dari ingatan... Kita hadapi BN dan PAS dengan sepenuh jiwa dan raga, dan Allah mengurniakan kemenangan yang terlalu bermakna untuk dirosakkan oleh perkara remeh-temeh.

Demikian adanya....


https://shopee.com.my/BUKU-REVOLUSI-TANPA-DARAH-Susunan-Ahmad-Lutfi-Othman-i.28622176.1914221113?fbclid=IwAR1MATWHpmRFlT3KcS4yq4d44YKtcP1G6QgYkdCvEHJl_aP24K27GVETMlw

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan