Pengundi Rantau Wajib Tolak Dato Seri Mohammad Hassan

Oleh Sofi Wahab

1) Kemenangan Dato Seri Mohammad Hassan tidak memberi apa-apa erti kerana beliau tidak mungkin berkhidmat dengan baik sebagai Adun pembangkang yang tidak mempunyai peruntukan berbanding Adun kerajaan. Program-program khdimat masyarakat dan pembangunan fizikal di dalam Dun Rantau tidak mungkin dapat dilaksanakan. Sebaliknya jika Dr Streram menang sudah tentu beliau boleh berperanan dengan baik atas bantuan dan sokongan kerajaan negeri.

2) Kemenangan beliau tidak akan mengubah apa-apa lanskap politik Negeri Sembilan kerana kerajaan PH mempunyai majoriti yang besar berbanding kerusi yang dipunyai oleh BN. Jadi tidak perlulah calon BN menang. Kemenangan beliau membawa apa-apa erti kepada kedudukan kerajaan negeri.

3) Hujah bahawa jika beliau memang, beliau akan menjalan tugas 'check and balance' atau semak dan imbang kepada kerajaan negeri. Sudah terbukti pembangkang di seluruh negeri yang diperintah oleh PH tidak memainkan 'check and balance' sebaliknya hanya mengkritik dan membuat dakwaan kosong bahawa kerajaan PH langsung gagal menunaikan janji PRU14. Sebenarnya peranan 'check and balance' sedang dan telah dijalankan oleh Adun-adun PH yang bertindak secara telus dan berani menegur kepimpinan Menteri Besar atau Ketua Menteri serta exco-exco tanpa rasa takut kehilangan jawatan dan sebagainya. Ini berbeza dengan zaman BN dahulu di mana Adun kerajaan tidak berani menegur dan mengkritik kerajaan negeri. Mereka semunya bertindak sebagai 'yes man'.

4) Dato Seri Mohammad Hassan sebenarnya gagal memainkan peranannya sebagai Adun Rantau malah sebagai Menteri Besar kerana masih terdapat ramai penduduk Rantau yang miskin dan berada dalam kategori asnaf walaupun beliau telah 15 tahun menjadi wakil rakyat kawasan Rantau. Jadi tidak perlulah calon BN ini menawarkan diri untuk menjadi Adun Rantau kerana sewaktu berkuasa pun beliau gagal apatah lagi kini BN sudah tidak berkuasa.

5) Dato Seri Mohammad Hassan bukanlah seorang pemimpin yang baik seperti yang digembar-gemburkan oleh BN. Ini kerana seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berani menegur perkara yang mungkar dan salah. Semasa pemerintahan Dato Seri Najib dahulu Mohammad tidak berani menegur segala kepincangan dan kesilapan pemimpin atasannya tidak sebagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Shafie Apdal yang berani berbuat demikian. Pemimpin sebenar ialah pemimpin yang berani berkata benar dan menegur perkara yang salah walaupun dilakukan oleh pemimpin atasan kita sendiri,

Oleh kerana itu tidak syak lagi pengundi Dun Rantau wajib bangkit menolak calon BN Dato Seri Mohammad Hassan sebagaimana mereka lakukan pada PRU14 dahulu di mana keputusan untuk Parlimen di Dun Rantau memihak kepada PH walaupun di peringkat Parlimen Khairy Jamaluddin menang.

Ayuh pengundi Dun Rantau tolak BN pada 13 April ini.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Melaka
Ketua AMANAH Kawasan Bukit Katil
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan