Pekerja ECRL China diarah kembali ke Malaysia minggu depan

KONTRAKTOR utama China Construction and Communication Company (CCCC) mengarahkan kakitangannya untuk kembali bekerja di Malaysia pada 23 April ini selepas projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) itu disambung semula.

Pemilik projek Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengesahkan perkara itu dengan The Malaysian Insight dan mengatakan bahawa arahan menghentikan kerja awal projek itu sudah ditarik balik.
“Menurut arahan yang dikelu

arkan pada 3 Julai 2018, kami (MRL) meminta semua kerja di ECRL dihentikan.

“Namun kini kerja pembinaan akan diteruskan semula selepas perjanjian rundingan semula dicapai. Arahan berkuat kuasa pada 12 April,” katanya.

ECRL mempunyai empat jabatan reka bentuk utama dengan salah satu daripadanya merupakan syarikat tempatan manakala yang lain milik China.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin pada 12 April lalu menandatangani perjanjian di China untuk meneruskan projek ECRL dengan kos lebih rendah dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Malaysia pada 15 April.

Dr Mahathir berkata, pembinaan ECRL itu kini melibatkan 40% syarikat tempatan, berbanding 30% dalam kontrak sebelum ini.

Mengikut jajaran baru, jarak perjalanan laluan itu dipendekkan dari 688km kepada 648km melalui Jelebu dan Kuala Klawang di Negeri Sembilan sebelum masuk ke Selangor melalui Bangi dan Kajang serta seterusnya Putrajaya dan Pelabuhan Klang.

Sebanyak lapan hentian dibatalkan.

Jajaran ini akan melalui arah selatan melalui Negeri Sembilan mengurangkan penggunaan terowong dan menambah integrasi ke rangkaian kereta api sedia ada seperti MRT, Express Rail Link (ERL) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan perkhidmatan antara bandar KTM.

Tidak lama selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya lalu, Dr Mahathir mengumumkan projek ECRL dibatalkan namun kemudiannya mendedahkan kerajaan tidak mampu menamatkan perjanjian itu berikutan perlu membayar pampasan sebanyak RM21.78 bilion kepada Beijing
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan