Tun M pun sibuk tapi tak pernah ‘ponteng’ mesyuarat parti, sindir MP PKR

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Seorang wakil rakyat PKR menyindir pemimpin tinggi partinya yang memberi alasan tidak hadir mesyuarat parti kerana sibuk dengan urusan lain.

Pelik dengan alasan pemimpin tertinggi yang tidak dinamakannya di Twitter, Noor Amin Ahmad berkata walhal perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah gagal hadir ke mesyuarat partinya.

“Tun M perdana menteri 22 tahun. Tambah lagi pada usia 94 tahun. Tapi belum pernah dengar dia tak datang mesyuarat parti sebab sibuk,” catat ahli parlimen Kangar.

“Itu beza orang yang layak jadi perdana menteri dan yang sibuk naik ‘sailang’ orang lain.”
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam memberi alasan ketidakhadirannya ke mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) PKR kerana mempunyai tugas selaku menteri kabinet.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan timbalan presiden PKR itu tidak pernah hadir mesyuarat sejak November tahun lalu, tanpa memberi sebarang alasan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan