Maszlee Malik berkata usaha membawa tulisan jawi merupakan “proses asimilasi budaya” dan “usaha mengenali warisan dan identiti negara”
“Contoh kalau kita lihat wang ringgit, tertera tulisan Jawi bermaksud Malaysia di tepi helaian wang tersebut,” kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa.
“Ia dilakukan bagi pelajar untuk kenal warisan negara kita, jika pelajar ingin menguasai tulisan Jawi, ia adalah kelebihan sendiri,” kata wakil rakyat Simpang Renggam.
Maszlee berkata beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak membantah usaha itu namun pada anggapan mereka langkah kerajaan seperti “ada udang di sebalik batu”.
Kementerian Pendidikan pada Khamis menjelaskan pengenalan tulisan khat dalam buku teks murid Tahun Empat tahun depan bertujuan memupuk gaya penulisan yang indah.
Dilaporkan sejumlah ahli politik dan badan pendidikan Cina dan Tamil, antaranya mendakwa usaha itu menambah beban kerja bagi murid sekolah vernakular.
Sekumpulan wakil rakyat DAP, Pemuda dan pemimpin akar umbi termasuk 138 cawangan dan jawatankuasa peringkat parlimen membantahnya kerana akan menginstitusikan dan mempolitikkan tulisan Jawi.
0 comments:
Catat Ulasan