SPRM tahan bekas Pengarah Kastam Negeri, dua pengarah syarikat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengarah Kastam Negeri dan dua pengarah syarikat swasta masing-masing di Kelantan dan Pahang, semalam.

Ketua Pesuruhajaya SPRM, Lateefha Koya berkata, bekas Pengarah Kastam itu ditahan ketika memberikan keterangan di Pejabat SPRM di Kelantan dan dua pengarah itu di tahan di sebuah hotel di Genting Highlands.

Katanya, SPRM turut merampas wang tunai ketika penahanan berkenaan.

“Pagi ini, Mahkamah Majistret Kota Bharu membenarkan permohonan reman lima hari terhadap kesemua tahanan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Latheefha mengesahkan penahanan itu berkaitan dengan beberapa kes pembalakan dan perlombongan haram serta penyeludupan yang kini sedang diberi perhatian oleh agensi itu.
Katanya, dengan penahanan suspek berkenaan, SPRM turut membekukan akaun mereka, beberapa individu dan entiti berkaitan.

“Keseluruhannya, sebanyak akaun 20 individu dan empat entiti dibekukan,” katanya
Jumaat lalu, Latheefha dilaporkan berkata, kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi fokus SPRM kerana isu yang membabitkan alam sekitar itu adalah isu kepentingan awam dan perlu dibanteras habis-habisan.

Katanya, pihaknya sedang menyusun strategi yang membabitkan kaedah lebih canggih disebabkan ada pelaku sudah terlalu selesa melakukan kegiatan itu
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan