KUALA LUMPUR 8
Okt. - Kajian sistem subsidi petrol bersasar, Program Subsidi Petrol
(PSP) mendapati sebahagian golongan berpendapatan rendah (B40) di negara
ini memiliki enam buah kereta.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
berkata, golongan itu kemudiannya menikmati subsidi petrol yang
diberikan kerajaan selama ini.
“Kita mendapati setelah dikaji ada orang di bawah B40 memiliki sehingga enam kereta dan dapat menikmati subsidi petrol.
“Sebab itu sekarang kita beri satu kereta sahaja kalau mereka daripada B40. Kita tak boleh bagi subsidi kepada orang kaya.
“Kita
lihat subsidi lama, (mereka) yang guna Rolls-Royce dapat subsidi, tak
akan kita nak sokong,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari
ini.
Sehubungan
itu, tegas Dr. Mahathir, pelaksanaan PSP dirangka oleh Kerajaan Pakatan
Harapan (PH) khusus untuk golongan B40 yang memiliki sebuah kenderaan
di bawah 1,600cc.
“Ini bantuan tepat kepada
mereka yang perlu bantuan, bukan orang ada Roll-Royce, ada dua tiga buah
pun dapat subsidi daripada kerajaan,” katanya.
Semalam,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kira-kira 2.9 juta penerima
Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada PSP bermula 1
Januari tahun depan.
0 comments:
Catat Ulasan