Strategi - Strategi Ampuh Mendekati Pengundi Baru Pru 15

Oleh HAYAR HASSAN

Mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia yang ada, paling lewat PRU 15 wajib diadakan adalah sekitar Nobember 2023, enam bulan setelah Parlimen Malaysia bubar secara otomatik seandainya Perdana Menteri Malaysia ketika itu masih gagal menasehati Yang DiPertuan Agong Malaysia untuk membubarkan Parlimen Malaysia.

Dikatakan pada PRU 15 nanti, sekitar 60 % pengundi-pengundi berdaftar adalah terdiri daripada remaja berumur atas 18 tahun yang mungkin pertama kali mengundi.

Persoalannya kepada pihak mana kah undi anak-anak muda ini akan diberikan ? Adakah majoriti daripada mereka akan mengundi pihak pembangkang ? Sukar untuk kita membuat ramalannya. Trend anak muda sebelum ini adalah “ anti establishment !”. Adakah trend itu masih berkekalan ?

Dalam PRU 15 itu nanti, tentunya strategi-srategi kempen tradisional yang telah kita amalkan selama ini sudah tidak relevan lagi. Masa dan budaya berfikir pengundi-pengundi dikatakan akan turut berubah seiring berjalannya waktu dan kemunculan peralatan-peralatan media sosial, khususnya telefon pintar.

Kempen-kempen ceramah mega dan perang poster mungkin hanya relevan semasa sepanjang kempen PRU 15, tetapi belum tentu boleh menarik undi daripada pengundi-pengundi anak muda. Ramai orang muda lebih gemar menonton ceramah secara live streaming, lebih santai dan tak perlu keluar rumah.

Persoalan mudahnya bagaimana kah calon-calon dan parti-parti yang akan bertanding itu nanti dapat meraih undi besar daripada pengundi-pengundi baru ?

Kalau dilihat trend gaya hidup kita masa ini, hampir semua orang yang berkemampuan amat banyak memberikan masa untuk berinteraksi dengan media sosial, khususnya Facebook(FB), What’sapp(WA), UTube, instangram, twitter, telegram dan sebagainya.

Daripada seawal bangun tidur hinggalah lewat dinihari, kita cukup banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar(smart handphone). Tidak kira lelaki atau pun perempuan, orang muda atau orang tua, agamawan atau pun ilmuan, orang Jepun, orang Arab, orang Barat, orang Rusia, orang seni atau pun orang biasa semuanya asyik menatap handphone apabila ada peluang dan kesempatan ! Hatta sewaktu berhenti di lampu isyarat, dalam kuliah-kuliah di masjid, dalam mesyuarat-mesyuarat, di meja makan bersama keluarga pun ramai yang asyik menatap handphone.

Apatah lagi kalau kita sememangnya bersendirian. Dulu sebelum memiliki telefon pintar, penulis sendiri lazimnya semasa di luar rumah akan mencari kawan untuk pergi makan. Agak pelik kalau kita bersendirian di meja makan. Terasa orang sekeliling akan menggelarkan kita sebagai “KERA SUMBANG”, “ tidak tahu bermasyarakat !”.

Namun sekarang tidak lagi, ramai orang boleh bersendirian di meja makan hanya bertemankan sebuah telefon pintar ! Itu lah gaya hidup kita waktu ini. Gaya hidup boleh berubah seiring beredarnya masa.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa salah satu strategi kempen PRU 15 nanti adalah dengan menggunakan media sosial ! Persoalannya ,bagaimana kah caranya untuk calon-calon dan parti-parti politik memaksimakan penggunaan media-media sosial itu, terutamanya Facebook, What’sapp dan Utube.

Untuk Facebook, penulis berpendapat caranya amat mudah, bakal-bakal calon hendaknya mulai daripada sekarang membina serta mengaktifkan facebooknya supaya dia mempunyai ramai pengikut@followers. Tetapi harus dingat, elakkan lah daripada membuat posting yang kontroversi dan mengundang masalah.

Untuk calon-calon yang petah berpidato, usahakan lah agar ucapan, temubual dan aktibiti-aktibiti sosial anda sering diupload ke UTUBE.

Untuk What’sapp pula, calon-calon atau ahli-ahli parti hendaklah menyertai sebanyak mampu kumpulan-kumpulan What’sapp yang besar dan berpengaruh.

Dalam bahasa mudahnya, bakal-bakal calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) PRU 15 dan aktivis-aktivis parti perlu mahir dan pantas menggunakan media-media sosial. Aktiviti-aktiviti parti dan bakal-bakal calon perlu dirancang dan diselaraskan agar ianya benar-benar berkesan dan mencapai matlamat untuk menarik undi.

Pimpinan gabungan parti-parti, contohnya dalam Pakatan Harapan(PH) hendaklah mengenalpasti bakal-bakal calon daripada sekarang serta menonjolkan mereka kepada masyarakat.

Dalam parti pula perlu ditubuh dan diaktifkan kumpulan-kumpulan media sosial yang cekap dan segera menangani sebarang isu yang timbul dalam masyarakat setempat atau pun dalam sesuatu kawasan Parlimen atau DUN . Contohnya Media Oren daripada Parti Amanah telah memperlihatkan gerak kerja yang baik, tetapi harus diperhebatkan lagi menjelang PRU 15.

Pada pandangan penulis, cabaran kepada calon-calon dan parti-parti mereka adalah cukup besar.

Pengundi-pengundi tentunya akan memilih calon-calon yang ternyata bersih daripada sebarang skandal serta kontroversi, mesra dan mudah didekati , sudah dikenali oleh masyarakat setempat, dilihat kuat bekerja untuk masyarakat dan lain-lain sifat yang positif.
















Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan