Kongres Maruah Melayu Mengecewakan


Oleh Mohd Sayuti Omar

Seorang ahli akademik bertaraf Profesor baru telefon saya melaporkan perihal kongres semalam. Beliau hadir dari jauh untuk memberi sokongan kepada sebuah persidangan bangsa Melayu sebagai tanda prihatinnya.

Bagaimana pun katanya sesuatu yang mendukacitakan kerana kongres itu tidak berjalan seperti mana diharapkan. "Kongres itu mengecewakan, abang Ti", katanya. Berikut konklusi daripada mindanya dengan sedikit ulasan saya.

1. Maksud kongres itu bagus kerana ia boleh memberi manfaat kepada bangsa Melayu, perjalanan dan lokasi diadakan juga bagus. Kehadirannya juga bagus.

2. Tetapi ia tidak seperti diharapkan, perjalanannya tidak menggambarkan sebagai sebuah kongres bertaraf kebangsaan. Secara tidak langsung ia memberi petunjuk itulah standard Melayu, orang nak buat kereta kita nak buat kereta, kita tidak ada apa-apa ilmu mengenai kereta pun.

3. Tidak ada soal jawab dan peserta hanya mendengar apa dibentangkan oleh pembentang. Mereka yang datang diminta tadah telinga dan isi perut dengan nasi lemak beracun.

4. Apa mengecewakan, pembentang diserahkan kepada budak-budak ini menampakkan tidak serius. Sepatutnya pembentang dari kalangan tokoh baharu ia nampak serius, contohnya Tengku Razaleigh Hamzah ataupun Musa Hitam.

5. Kongres itu juga dicemari dengan elemen politik. Katanya ia tidak ada kaitan politik tetapi apabila seorang pembentang datang dari politik (Pam) nampak sangat birai gigi karat pihak pengajur kongres itu.

  Di hujung kongres tidak diedarkan resolusi. Ini menimbulkan tanda tanya, apakah kongres itu ada maksud dan agenda terselindung. Panggil orang berkongres kerana endorsement apa yang tersembunyi di hati busuk.

6. Penganjur tidak perlu orang yang sudah ada rekod buruk, najis dan berhati busuk. Sepatutnya biarlah mereka yang liberal dan tidak tercoreng dengan apa-apa agenda politik yang menjadi penganjurnya.

7. Kesimpulannya kongres itu gagal dan kalau ia bermaksud hendak menghalang Anwar, ia gagal. Anwar seronok kerana kongres itu tidak mencapai matlamat sebenar dan matlamat politik pihak penganjur.

Orang Asli diserang campak,
Ramai mati tidak terhitung;
Mengharap kongres untung secupak
Yang dapat rugi segantang.

Saya nak tambah Ketua Sekretariat Zainal Kling eloklah tidak lagi cuba mencemarkan tangan akademik anda yang sudah belengas dengan najis cuba mencapai agenda politik yang masam. Dan ekoran kegagalan dan kecacatan kongres itu maka semua anggota Sekretariat kongres itu hendaklah memohon maaf, termasuk juga ahli parlimen Jeli Mustapa Mohamed. Mustapa dah terpijak tahi sama.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan