Guan Eng selar budaya penipuan UMNO

Lim Guan Eng menyelar Mohamad Hassan yang mendakwa Setiausaha Agung DAP itu bertanggungjawab terhadap peningkatan hutang langsung kerajaan, penjualan aset negara dan aset Tabung Haji.

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan berkata, tindakan Timbalan Presiden UMNO itu mengambarkan budaya UMNO yang gemar melakukan penipuan untuk kepentingan politik semata-mata.

Guan Eng mengulas desakan Mohamad Hassan yang juga dikenali sebagai Tok Mat supaya beliau disiasat berhubung peningkatan hutang langsung kerajaan.

Tegasnya dalam satu kenyataan, penjualan aset negara dan Petronas bukanlah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan beliau tidak memainkan sebarang peranan dalam keputusan Khanazah Nasional Bhd.

“Sebarang peningkatan hutang langsung kerajaan mestilah diluluskan oleh Kabinet.

“Jika saya perlu disiasat, maka Muhyiddin juga perlu disiasat memandangkan beliau juga merupakan ahli kepada Kabinet yang sama yang meluluskan peningkatan hutang langsung kerajaan tersebut,” katanya.

Malah, kata Guan Eng, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof mengesahkan beliau tidak bertanggungjawab terhadap Tabung Haji.

“Beliau juga mengesahkan saya tidak menghadiri sebarang mesyuarat atau pun membuat sebarang keputusan yang berkenaan dengan Tabung Haji.

“Satu-satu peranan yang saya jalankan adalah untuk menyokong keputusan untuk menyuntik hampir RM20 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan untuk menyelamatkan Tabung Haji.

“Namun begitu, saya masih dituduh sebagai punca kepada segala kerosakan Tabung Haji,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan Pakatan Harapan adalah satu-satunya gabungan memerintah yang cuba untuk mewakili dan bekerja untuk semua rakyat Malaysia
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan