Menurut Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin sebagai contoh beberapa arahan yang dibuat ditarik semula tidak sampai 24 jam ia dikeluarkan.
"Apa sebenarnya yang Muhyiddin dan jemaah menterinya sedang lakukan ketika ini?
"Tidak sampai 24 jam arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar setiap warganegara yang mahu keluar ke negeri lain perlu melaporkan ke balai polis berdekatan, Ketua Polis Negara telah membatalkan semula arahan tersebut.
"Walaupun Ketua Setiausaha Negara telah memberikan jawapan berhubung tiadanya jemputan kepada menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan dalam mesyuarat khas bersama Perdana Menteri semalam, kita masih tidak mengetahui apakah telah ada penyelarasan menyeluruh di setiap kementerian khususnya peranan semua jemaah menteri dalam menangani wabak ini?," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shazni berkata, ketika negara dilanda krisis kerajaan ketika ini seolah-olah hilang punca dan menteri serta timbalannya pula bertindak sangat perlahan.
"Menteri-menteri serta timbalan-timbalan menteri pula kelihatannya bergerak dan bertindak teramat perlahan, seolah-olah pergerakan siput babi atau mungkin lebih perlahan daripada itu," katanya.
Bagaimanapun tidak sampai beberapa jam kemudian, Abdul Hamid menangguhkan arahan tersebut susulan tindakan orang ramai yang berpusu-pusu ke balai polis bagi mengisi borang pelepasan.
0 comments:
Catat Ulasan