Duduk di rumah, jangan keluar jika mahu selamat

Rakyat Malaysia diberikan amaran hari ini agar ‘Duduk Di rumah” dan jarakkan diri dari pada orang lain jika mahu selamat dari Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan dalam satu tulisan di Facebook beliau berkata, Malaysia mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

“Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Bagi beliau, kegagalan bukan pilihan di sini.

“Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap “tidak kisah”.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius.

“Duduk di rumah dan jangan keluar.”
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan