Timbalan Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir, menggambarkan kerajaan
seolah-olah kehilangan punca selepas beberapa arahan yang disifatkannya
sebagai bersimpang siur, terpaksa ditarik semula dalam masa 24 jam.
Menurutnya, ini selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
yang bertindak menarik semula larangan keluar antara negeri biarpun
tidak sampai 24 jam mengeluarkan arahan terbabit.
Malah katanya, dalam kes yang lain, tidak sampai 24 jam arahan
dikeluarkan universiti awam supaya setiap kampus dikosongkan,
Kementerian Pengajian Tinggi pula tampil dengan kenyataan kontradik yang
membenarkan mahasiswa tinggal di dalam kampus.
“Semalam, walaupun Ketua Setiausaha Negara memberikan penjelasan
berhubung tiadanya jemputan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri
negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH), kita masih tidak mengetahui
apakah telah ada penyelarasan menyeluruh di setiap kementerian khususnya
peranan semua jemaah menteri dalam menangani wabak ini?
“Ketika negara dilanda krisis sebesar ini, kerajaan seolah-olah kehilangan punca.
“Menteri-menteri serta timbalan-timbalan menteri pula kelihatannya
bergerak dan bertindak teramat perlahan. Seolah-olah pergerakan siput
atau mungkin lebih perlahan daripada itu,” selarnya dalam satu kenyataan
hari ini.
Malah, beliau turut mempersoalkan apakah yang dilakukan oleh Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan jemaah kabinetnya
dalam menangani ancaman Covid-19 ini.
“Kerana itu jangan marah kalau orang dah mula bertanya, apa
sebenarnya yang Muhyiddin dan jemaah menterinya sedang lakukan ketika
ini?” soalnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan