Menteri-menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta tidak
berkira sangat dalam melaksanakan kerja mereka termasuk bekerja pada
cuti hujung minggu terutama ketika negara dalam kecemasan ekoran
Covid-19.
Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub
dalam satu tulisannya berkata, “Kalau langkah SHERATON boleh dibuat
pada hari minggu, mengapa isu COVID-19 perlu diputuskan langkah-langkah
mengatasinya pada hari bekerja?
“Menteri-menteri di kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta tidak
berkira sangat dalam melaksanakan kerja mereka termasuk bekerja pada
cuti hujung minggu,” tulis beliau.
Kabinet PN dikecam hebat apabila menetapkan mesyuarat khas menangani
Covid-19 pada hari Isnin (16 Mac) berikutnya dan tidak diadakan
mesyuarat tergempar pada hari berkenaan (Sabtu – 14 Mac atau Ahad – 15
Mac).
Kemarahan semakin memuncak apabila mengetahui pada 14 Mac itu,
Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermain golf dengan
pelbagai pihak termasuk menteri kabinet beliau.
Menurut Salahuddin, semasa diberikan amanah sebagai menteri kabinet
dulu beliau bukanlah termasuk dalam kategori menteri yang bagus pun.
“Cuma bila diberikan tanggunggjawab kami bekerja tanpa mengira masa.
“Hujung minggu, hari cuti dan ada ketikanya tidak punya masa rehat.
“Apatah lagi untuk bercuti tahunan kecuali terlantar sakit,” tulis Salahuddin
“Nasihat saya pada rakan-rakan menteri janganlah berkira sangat
dengan masa rehat kita terutama di waktu negara kita kritikal akibat
serangan COVID-19.
“Buatlah sesuatu yang menampakkan TINDAKAN SEGERA,” tulis Salahudin.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan