Jika Berani Kerana Benar ,Kenapa Sidang Dewan Rakyat sehari ?

Oleh Zahar Zainul

Jika nak bercakap bab politik negara, apa yang kita nampak yang jadi kerajaan sebenarnya lebih takut dan gemuruh pada bayang-bayang mereka sendiri.

Al-maklumlah masing-masing baru dok pasang angan-angan, cerita nak utamakan negara dan rakyat sebenarnya ayat penyedap nak menipu rakyat.

Soalan yang paling mudah, "jika berani kerana benar" kenapa sidang Dewan Rakyat hanya sehari..? Cuma kamu senaraikan kilang yang melebihi 200 pekerja, berapa banyak yang dibenarkan beroperasi...? boleh pula ada SOP nya. 

Keduanya, dalam suasana wabak COVID kenapa tergesa-tergesa nak melantik ahli-ahli parlimen memegang jawatan tertinggi samaada di badan-badan berkanun serta GLC besar..?

Walhal jawatan-jawatan tersebut kesemuanya dianggotai oleh rakyat Malaysia, kenapa tidak boleh bersabar..?

Cukuplah kita main sentimen bangsa Cina-Melayu, berdirilah atas realiti bahawa selama ini yang merosakkan ekonomi dan imej melayu adalah pemimpin melayu sendiri. Lihat sejarah MARA, FELDA, FELCRA, TH, Bank Bumiputera, PERNAS, Fleet Holdings, MAS siapa yang merosakannya...?

Cukup-cukuplah menipu rakyat wahai pemimpin "gila kuasa", ingatlah Tuhan hanya satu, jika tidak hari ini atau esok suatu hari tuhan akan tunjuk juga kebenarannya. Ambil iktibar dari bangsa Arab, walaupun mereka berbangga dengan tamadun mereka dahulu. Hari ini mereka menjadi bangsa yang hina, mereka menjadi pelarian.........
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan