PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
mengesahkan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Pengerusi PPBM
berikutan peletakan jawatannya di tengah-tengah pergolakan politik pada
akhir Februari.
Surat daripada JPPM mengatakan pengunduran diri Mahathir sah dan Presiden Muhyiddin Yassin memangku jawatan itu juga sah.
“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden PPBM berhak
memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan, menurut Klausa 16.9
perlembagaan PPBM,” katanya.
JPPM juga mengesahkan surat tersebut adalah daripada JPPM bagi menjawab surat PPBM.
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan