Pemimpin GPS terkejut dengan 'MoU' tubuh Perikatan



Oleh Desmond Davidson

BEBERAPA pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) bingung mengenai perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani ketua-ketua parti untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN).


Satu kenyataan dikeluarkan pada Ahad, menyatakan persetujuan antara Bersatu, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk membentuk PN.

Bagaimanapun, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perubahan pendirian GPS dalam Perikatan.

PRS adalah parti komponen dalam GPS, gabungan yang memerintah kerajaan negeri Sarawak.

“Kami (sepatutnya) Perikatan + GPS,” kata Masing yang juga timbalan ketua menteri Sarawak.

Menurutnya, parti komponen GPS - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan PRS - masih belum secara rasmi menjadi anggota Perikatan.

Masing berkata GPS hanya menyokong Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri untuk menamatkan pergolakan politik negara pada Ferbruari lalu, jelasnya.

Ketua Penerangan PBB Idris Buang juga bingung mengenai MoU berkenaan.

“Apa yang saya faham, GPS bukan anggota PN tetapi hanya rakan sekutu untuk membentuk kerajaan persekutuan,” kata Adun Muara Tuang itu.

GPS keluar dari Barisan Nasional (BN) selepas gabungan itu kalah dalam pilihan raya umum 2018.

Pemimpin Umno dan PAS bagaimanapun berkata MoU menubuhkan PN tidak mengikat parti-parti politik dalam kerajaan untuk mendaftar sebagai sebuah gabungan rasmi.

Ia hanyalah untuk memudahkan urusan pentadbiran Parlimen yang bersidang semalam serta membolehkan kerajaan bergerak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan