Oleh Tun Mahathir
Ramai yang menasihat saya supaya sokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin
Ingin saya jelaskan kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin.
Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) khusus untuk menjatuh Kerajaan Kleptokrasi
Najib Razak.
Rakyat percaya inilah perjuangan kami dan rakyat beri kemenangan kepada kami bersama parti rakan lain.
Tetapi Muhyiddin bersama dengan ahli UMNO yang masuk Bersatu telah
rancang untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan diri Kerajaan baru
bersama dengan kleptokrat yang kami telah kalahkan.
Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat. Ia juga
mengkhianati rakan dalam PH yang menjayakan perjuangan kami. Tanpa PH
Muhyiddin tidak mungkin menang, tidak mungkin jumpa pintu belakang.
Ya. Memang dalam PH ada DAP. Walaupun DAP menang 42 kerusi, DAP hanya
dapat 6 Menteri Kabinet, sama dengan Bersatu yang menang hanya 13
kerusi tetapi dapat 6 Menteri juga. Dan ahli Bersatu dipilih sebagai
Perdana Menteri dalam Kabinet 28 Menteri.
Tak mungkin sama sekali DAP kuasai Kabinet dengan 6 orang Menteri.
Segala keputusan dalam Kabinet perlu persetujuan 28 orang Menteri.
Anggapan bahawa 6 Menteri Kabinet boleh kuasai 22 Menteri lain tidak
masuk akal. Lagipun persetujuan saya sebagai Perdana Menteri perlu
didapati.
Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh
hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja
pendaftaran DAP.
Kuasa membatal ada pada Muhyiddin Yassin, jika ia nampak DAP akan
hancur Melayu. Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk
menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk jatuh PH dan
dia menjadi Perdana Menteri dengan sokongan UMNO dan PAS.
UMNO menyokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri supaya usaha untuk
lepas Najib dari dipenjara dapat dilakukan. Kita dapat lihat usaha ini
sedang berjalan.
Jauh dari menunai janji untuk jatuhkan Najib, Muhyiddin sekarang
sedang berusaha supaya Najib bebas dari segala tuduhan dan dapat
bertanding dalam PRU 15. Di waktu itu Najib tidak perlu Muhyiddin lagi,
kerana Najib berhasrat menjadi Perdana Menteri.
Muhyiddin sekarang ini berusaha supaya Bersatu hilang pemimpin dengan melucut keahlian mereka.
Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH.
Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu
akan kalah. Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela UMNO
dengan “Cash is King”nya.
Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.
Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya.
* Artikel ini pertama kali terbit di blog Chedet dengan tajuk Nasihat.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan