Oeh B. Suffian
“Saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada (Datuk Seri) Anwar. Saya
perlu hanya satu mini tsahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada
niat bercakap berkenaan politik.”
Itu kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad dua tahun lalu berhubung usahanya untuk menziarah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir berhasrat untuk menyampaikan penghargaan selepas Anwar
bersetuju dengan cadangan pencalonannya sebagai perdana menteri jika
Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dalam gabungan empat parti komponen PH ketika itu, parti terlibat
iaitu PKR, Amanah, Bersatu dan DAP bersetuju agar semua keputusan dibuat
secara konsensus iaitu dengan dipersetujui oleh semua empat parti.
Jika ada mana-mana satu parti tidak bersetuju, ia tidak akan diterima sebagai keputusan PH.
Apabila Dr Mahathir dicalon sebagai bakal Perdana Menteri untuk PH, tiga parti bersetuju, tetapi PKR tidak membuat keputusan.
Namun pada saat terakhir PKR bersetuju.
Masa yang panjang itu diambil oleh PKR dipercayai disebabkan rasa
tidak senang dengan Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri ketika
Anwar dipenjara.
PKR bersetuju dan pada PRU-14, PH menang manakala Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7.
Betul kata Dr Mahathir, persetujuan tersebut kerana Anwar dapat
mengatasi perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih daripada
perasaan diri sendiri.
Pastinya, bukan mudah bagi Anwar terutamanya. Tetapi jelas Anwar utamakan negara lebih daripada dirinya.
Hari ini, wujud persimpangan. Persoalannya hampir sama, iaitu soal siapa akan menjadi perdana menteri PH.
Apabila Dr Mahathir dicalon sebagai bakal perdana menteri untuk PH, DAP dan Amanah bersetuju, tetapi PKR menolaknya.
Sehingga artikel ini ditulis, PKR masih kekal dengan pendirian tersebut.
Pasti penyokong gabungan PH atau kini dikenali sekarang sebagai PH Plus, mahu satu penyelesaian yang terbaik untuk keadaan ini.
Justeru, kita mengharapkan kedua-dua tokoh ini, yang telah mewarnakan
persada politik negara sejak sekian lama, untuk mencari titik persamaan
dalam memastikan kesinambungan mandat yang diberikan oleh rakyat pada
PRU-14 dapat diteruskan.
Seluruh komponen PH Plus perlu memusatkan tekad bersama untuk
berdepan dengan Perikatan Nasional (PN) yang kini memegang tampuk
pemerintahan negara.
Segala emosi dan perasaan perlu diketepikan ketika ini. Pastinya
bukan mudah tetapi ia tetap perlu dilakukan demi masa depan PH serta
mandat yang digalasnya.
Setiap hari, kita mengharapkan agar ada perkembangan positif dalam perkara ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan