Rakyat akan menghukum Adun yang mengkhianati mandat rakyat dan
menggadaikan maruah mereka demi kepentingan politik, tegas DAP Perak
dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu mengulas tindakan Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan
Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang bertindak menyokong pihak lawan
sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Perak.
A Sivasubramaniam dilaporkan menyertai Gerakan dalam satu sidang media hari ini, sementara Choo Kiong kekal bebas.
“A Sivasubramaniam telahpun dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP
pusat bersama-sama dengan Choo Kiong yang mengkhianati mandat rakyat
pada Mac tahun ini.
“Beliau merupakan satu beban (liabiliti) apabila beliau masih berada dalam DAP,” kata kenyataan itu.
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dilantik
untuk menyelaras aktiviti DAP di DUN Buntong bagi meneruskan
perkhidmatan parti kepada rakyat.
“Usaha murni DAP untuk berkhidmat kepada penduduk Buntong tidak
pernah terhenti dan sumbangan bantuan kepada rakyat yang memerlukan
bantuan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dijalankan secara
tersusun dan berjadual,” ujarnya.
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menegaskan bahawa mana-mana ahli
DAP yang menyertai sidang media A Sivasubramaniam hari ini akan
dilucutkan keahliannya serta merta.
“Organisasi akar umbi DAP di kawasan Buntong kekal kukuh dan teguh.
Pimpinan cawangan yang ada tidak akan terjejas dengan pengumuman A.
Sivasubramaniam tadi.
“DAP akan terus berjuang demi membentuk Malaysia Baharu yang bersih,
telus dan adil untuk semua kaum dan DAP akan terus bertanding di kawasan
DUN Buntong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk mempertahankan
mandat rakyat,” ujarnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan