Usul Percaya Kepada Muhyiddin Mungkin Ada Muslihat ?

Oleh Mohd Sayuti Omar
 
Cadangan Pas untuk membawa usul percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai PM di sidang parlimen dipersoalkan mengenai kewajarannya oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
 
Katanya apakah cadangan itu Pas sudah bincang dengan Umno dalam konteks mereka bersama dalam Muafakat Nasional (MN) atau tidak?
 
Ataupun sambungnya ia hanya pandai-pandai Pas atau suatu kempolot tersembunyi untuk menyusahkan Muhyiddin?
 
Ketika diminta mengulas cadangan itu, Salahuddin soal apakah justifikasinya nanti kalau tiba² usul itu gagal, bukankah ia menyebabkan Muhyiddin kena letak jawatan?
 
Menurutnya tindakan Pas itu berdasarkan sejarah parti itu ia boleh dipersoalkan kerana sebelum ini Pas sudah beberapa kali bersikap tidak jujur dalam muafakat. 
 
Menurutnya semua orang ingat macam mana Pas pernah dikeluarkan daripada BN, Pas juga mufarakah daripada Pakatan Rakyat dan juga Pas pernah memungkiri janji dengan Semangat 46.
 
Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata Pas akan mengemukan usul percaya kepada Muhyidfin dalam sidang parlimen mendatang.
 
Tujuan usul itu untuk menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dan kata Takiyuddin ia dipercayai akan mendapat sokongan majoriti. 
 
Cadangan Pas itu dibuat ketika Dr Mahathir dengan sokongan PH akan membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam sidang 13 Julai nanti.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan