KAWASAN Parlimen Tanjong Malim adalah kerusi tradisi MCA, kata
pemimpin parti akar umbi, ketika Umno bahagian mendesak wakil mereka
dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang, yang
dijangka akan diadakan lebih awal tahun ini.
Ketua MCA Tanjong Malim Goh Choong Seng berkata isu itu bukannya ditentukan pemimpin bahagian tetapi urusan kepimpinan pusat.
“Persoalan tentang siapa yang patut bertanding dan di mana merupakan
isu besar yang perlu diputuskan oleh kepimpinan pusat, bukannya
ditentukan oleh pemimpin bahagian.
“Kami akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Malim sebagai
kawasan tradisi MCA dan akan terus meletakkan calon,” katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Goh juga berkata MCA Tanjong Malim tidak pernah mengabaikan rakyat atau pengundi kawasan ini walaupun kalah dalam PRU14.
Goh mengulas kenyataan Ketua Bahagian Umno Tanjong Malim, Mohd
Khusairi Abdul Talib yang menyuruh MCA “mencari kerusi lain” dalam
pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Setiausaha MCA Chong Sin Woon juga berkata urusan
pengagihan kerusi bukan keputusan pemimpin parti di peringkat bahagian
sebaliknya dibincangkan oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).
“Setiap pemimpin bahagian boleh mempunyai idea sendiri, tetapi mesti
tahu apa-apa keputusan mesti dimuktamadkan oleh kepimpinan pusat,”
katanya,
Dalam PRU14, Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon yang bertanding
mewakili BN kalah kerusi Tanjong Malim kepada calon Pakatan Harapan
(PH), Chang Lih Kang, yang juga naib presiden PKR.
Tanjong Malim mempunyai pecahan 56% pengundi Melayu, 26% Cina, 13% India dan 6% etnik lain.
Dalam tulisan di Facebook pada Isnin, Khusairi mendakwa
MCA gagal mempertahankan kerusi itu untuk BN kerana konflik dalaman dan
sabotaj satu lagi kumpulan dalam parti itu yang gagal melobi calon
mereka bekas setiausaha parti Ong Ka Chuan.
Khusairi juga berkata 60 daripada 63 cawangan Umno Tanjong Malim juga
sudah membuat ketetapan mahu kerusi itu ditandingi oleh calon Umno.
“Usul itu juga telah dipanjangkan ke BN dan Umno pusat. Siapa calonnya terpulanglah kepada pucuk pimpinan menentukan.
“Nasihat saya selaku pengerusi BN Bahagian Tanjong Malim, sebaiknya
mereka tidak persia-siakan masa yang semakin terbatas sebelum PRU15.
“Carilah kerusi lain yang lebih sesuai, MCA yang hebat itu boleh
bertanding di banyak kerusi lain di negeri lain, termasuk Kepong,
Damansara, Seremban, Kota Melaka yang majoriti pengundinya Cina,”
katanya.
Khusairi juga mendakwa pemimpin MCA kawasan itu “main wayang” apabila
mendekati rakyat dengan menghulurkan pelbagai bantuan sejak
akhir-akhirnya.
Beliau juga menuduh mereka mendekati pemimpin dan ahli Umno, kononnya untuk membeli jiwa
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan