Tinggal PKR, kain rentang kecam Dr Daroyah

SHAH ALAM, — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa Dr Daroyah Alwi terus dikritik pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya meninggalkan PKR.

Beberapa kain rentang dipasang di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sementa yang menggesa Dr Daroyah melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

Foto menunjukkan kain rentang itu juga tular di media sosial hari ini yang turut mendapat pelbagai komen daripada warga maya.

Sabtu lalu, Dr Daroyah mengumumkan meninggalkan PKR sekaligus meletak jawatan sebagai timbalan ketua wanita PKR pusat.

Jelasnya, tindakan keluar PKR dibuat selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan kepimpinan dan parti itu.

Justeru, Dr Daroyah kini merupakan Adun bebas yang mesra kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan