Oleh Arif Atan
Bekas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan
kepada Presiden AMANAH dan kepimpinan tertinggi parti itu yang telah
meletakkan kepercayaan kepadanya bertanding di kerusi Parlimen Jasin
pada PRU-14.
Dalam kenyataan pengumuman rasminya keluar Pakatan Harapan (PH),
penyokong tegar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad itu menyifatkan
keseluruhan pemimpin AMANAH baik-baik belaka.
“Ketika berjuang di bawah platform parti AMANAH telah meninggalkan
pelbagai pengalaman manis kerana parti ini amat berdisiplin, ikhlas
sesama sahabat dan keseluruhan pemimpin-pemimpinnya baik-baik belaka!
“Secara jujur dan ikhlas saya amat menyayangi semua kepimpinan
tertinggi parti AMANAH khususnya presiden, timbalan presiden, naib-naib
presiden dan anggota tertinggi parti ini. Kalangan ini adalah para
pejuang yang amat gigih!” ujarnya dalam kenyataan lewat tengah malam
tadi.
Sehubungan itu, Khairuddin menyifatkan hanya Allah sahaja yang dapat
membalas budi baik seluruh pemimpin-pemimpin AMANAH yang banyak
membantunya dalam karier politik termasuk bertanding dan menjawat
jawatan Penyelaras Parlimen Jasin.
“Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan presiden
parti AMANAH untuk menzahirkan keputusan bagi menyerahkan balik kerusi
Parlimen Jasin seterusnya meletakkan jawatan selaku Penyelaras Parlimen
Jasin berkuat-kuasa serta merta.
“Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tiada terhingga kepada
presiden serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti yang telah
meluluskan keahlian saya menganggotai parti ini pada suatu masa dahulu,”
ujarnya lagi.
Untuk rekod, Khairuddin adalah bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian
Batu Kawan yang menyertai Bersatu sebelum keluar untuk memimpin gerakan
Deklarasi Rakyat seterusnya menjadi ahli AMANAH menjelang PRU-14.
Bekas pemimpin Umno itu secara keluar PH serta-merta atas dakwaannya
tidak akan bernaung di bawah ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ seperti
Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan.
Bahkan, secara terus-terang Khairuddin mengajak keseluruhan orang Melayu dan umat Islam menolak Anwar.
“Hanya ‘orang gila’ saja yang sanggup bernaung serta berjuang di bawah kepimpinannya (Anwar)!
“Allah SWT tidak akan memberkati sesiapa saja yang menyokong pemimpin ‘songsang’ yang ‘sewel’ dan ‘berpenyakit’!” kecamnya lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan