GERAK98 Menyokong Rafizi Sebagai Timbalan Presiden PKR.

1.GERAK98 memandang positif saranan beberapa pimpinan dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar Sdr Rafizi Ramli diberikan peranan menjadi Timbalan Presiden PKR.

2.Tanpa niat untuk mencampuri urusan parti, GERAK98 hanya ingin membawa perhatian berhubung peranan Sdr Rafizi dari sudutpandang/perspektif perjuangan reformasi.

3.Saat ini perjuangan reformasi diserang hebat dari pelbagai sudut.Tumpuan tentunya kepada PKR sebagai parti yang dibina atas semangat reformasi sejak 1998.Koalisi yang dipimpin PKR, Pakatan Harapan (PH) tentunya juga menjadi sasaran serangan.

4.Kita seharusnya sedar,serangan melalui pengkhiantan dalaman dan luaran memuncak setelah perjuangan Reformasi menghampiri kemuncaknya apabila tokoh reformasi Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

5.Dan dalam ketika dan saat ini, sosok muda pejuang reformasi wajar diberi peranan penting didalam parti.Rafizi menepati ciri2 ini.Beliau adalah pemimpin muda yang berani,cerdas dan telah membuktikan kesungguhan luarbiasa menghadapi ujian perjuangan.

6.Kami difahamkan juga, dari sudut perlembagaan parti, kedudukan Rafizi sekarang sebagai Naib Presiden membenarkan proses mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden berlaku.

7.Justeru, demi memperkukuh perjuangan reformasi, GERAK98 menyokong sebarang usaha memberikan peranan penting kepada Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR.

Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98
5 Julai 2020/ 14 Dzulqaidah 1441H.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan