Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
1. Secara peribadi , saya terima segala teguran dan nasihat Dato Speaker dengan hati yang terbuka dan “in good faith”.
2. Saya tak mahu berpura-pura mendakwa saya suci dari kelemahan dan
kesalahan di dalam dewan.
Saya akui saya juga kadangkala terbabas
langgar peraturan mesyuarat. Hakikatnya, tidak mudah untuk mengawal
emosi di dalam dewan apatah lagi bila melihat ada unsur “a blatant
unfairness” di hadapan mata kita!
4. Baiklah Datuk Speaker yang bijaksana, kami boleh akui kesilapan
kami. Tetapi, bagaimana pula dengan anda dan para timbalan anda?
5. Maaf jika saya tanya “adakah anda ingin menafikan anda dan
timbalan anda khususnya YB Pengerang bukan sekali telah membiarkan para
YB dari pihak kerajaan misalnya YB Baling dan YB Arau yang secara
konsisten mengganggu perbahasan ramai dari YB pembangkang.”
Maaf , kami tidak naif untuk melihat “gangguan” berterusan itu sebagai satu provoksi !
6. Dalam banyak keadaan, jika kami bangun mencelah dan mungkin gagal
ikut peraturan, lalu mikropon di meja kami sering dan akan dipadamkan
(switched off) oleh anda dan timbalan anda.
Akan tetapi anda dan
timbalan anda seolah-olah membiarkan ahli parlimen seperti YB Baling dan
YB Arau terus mengganggu para pembahas dari blok YB pembangkang tanpa
mikrofon mereka dipadamkan!
Ia berlaku bukan sekali Datuk Speaker! Saya pernah beberapa kali
mengadu kepada anda dan timbalan anda, tetapi, maaf kata, saya lihat ia
semacam tidak diendahkan!
Adakah itu adil dan saksama ? Were you being fair to us in such circumstances?
7. Bagaimana pula dengan tularnya video Datuk Speaker kelihatan
begitu jelas dilihat cuba “membantu” YB Menteri Kewangan yang mana
tindakan anda tersebut telah dikritik pedas oleh pihak di luar Parlimen
khususnya para netizen.
8. Sebenarnya ada lagi yang hendak saya dedahkan di sini akan
kekecewaan saya ke atas anda. Tapi buat masa ini saya rasa cukuplah
sekadar apa yang sebut di atas.
Saya mohon maaf jika apa yang dicatat di sini mungkin mengecewakan anda.
YB Sepang.
28/8/2020.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan