Mursyidul Am Pas Hashim Jasin menyifatkan Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali ibarat seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman yang
membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang.
Beliau berkata demikian memetik kisah dalam Surah An-Naml ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak.
Hashim mempertahankan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu
yang ingkar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara
Menurut Hashim, keingkaran burung hud-hud untuk mencari sumber air
sebaliknya terbang untuk mengintip dan menemui kerajaan mewah di Saba
menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.
Bagaimanapun, perumpamaan Hashim itu dilihat mengundang reaksi lucu sebahagian warganet.
Ada yang menularkan poster simpulan bahasa siaran Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) yang berbunyi, “cerita burung” dengan maksud “jangan
percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Malik kerana itu semua
cerita burung belaka.”
Khairuddin merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu dan juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu.
Dia sebelum ini diambil keterangan oleh polis pada 27 Ogos lalu
susulan susulan lebih 25 laporan polis yang diterima di seluruh negara
berhubung keingkarannya prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib
di rumah selepas pulang dari luar negara.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan