Siapa sahaja dalam kalangan pemimpin Pas yang melakukan kesalahan
pasti akan dibela dengan pelbagai jenis nas dan dalil bagi menghalalkan
tindakan mereka.
Sebaliknya, mereka yang menuduh dan melemparkan tohmahan terhadap
pemimpin pula akan dilabel sebagai berdosa, hina, jelek dan terkutuk.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar menyindir Pas dengan berkata pembelaan yang dilakukan untuk menutup
kesalahan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sudah seperti yang dijangka.
“Beruntung para pemimpin Pas yang ditaksubi oleh pemimpin dan ahli-ahlinya, waima apa juga kesalahan yang mereka lakukan.
“Mengaitkan tindakan Khairuddin dengan burung Hud-hud di zaman Nabi
Sulaiman a.s. adalah hujah baharu yang langsung tidak terfikir oleh akal
yang waras. Tidak pernah terduga Mursyidul Am Pas mengeluarkan hujah
yang di luar dari akal kerangka pemikiran.
“Alangkah bahagianya pemimpin Pas ini apabila kisah beliau dikaitkan
dengan kisah burung Hud-hud yang diabadikan di dalam Al-Quran,” katanya
dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mengeluarkan kenyataan
mempertahankan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang ingkar
perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara
Beliau menyifatkan Mohd Khairuddin ibarat seekor burung hud-hud dalam
kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya
melanggar undang-undang.
Sekiranya begitu kata Fakhrulrazi, Khairuddin tidak sepatutnya
meminta maaf atas kesalahannya dan tidak perlu memulangkan gaji Menteri
selama empat bulan.
Bahkan, Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) itu seharusnya diberi
anugerah khas atas keberanian dan kebijakannya mendapatkan peluang
pelaburan dari Turki.
“Beliau wajar ditambah gaji empat kali ganda atas usaha yang
dilakukannya. Jarang ada Menteri yang sanggup melanggar SOP Kuarantin
demi ‘negara’ serta memulangkan balik gaji Menterinya.
“Cuma saya musykil jika Khairuddin diumpamakan seperti burung Hud-Hud, siapa pula untuk disamakan dengan Nabi Sulaiman a.s.?
“Apakah maksudnya Perdana Menteri Malaysia selayaknya disamakan
dengan Nabi Sulaiman a.s., Presiden Pas atau Mursyidul Am Pas sendiri?
Hanya Datuk Hashim Jasin boleh menjelaskan penutup kisahnya itu,”
katanya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
ini lah yang disukai dap, melayu lawan melayu, lebih khusus lagi melayu islam lawan melayu islam, kalu pun nak ambil hati tak payah lah pakai kopiah putih
BalasPadamSebagai orang Islam, al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup........Dah tu berbuat sesuatu amalan dan berpendirian mengikut panduan al Quran dan Hadis tu salah ka?
BalasPadamKecuali anda berbuat jahat, memang tak ada dalil menyokong anda dalam Quran dan Hadis!