Oleh Arif Atan
Enggan mengakui Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ingkar perintah
kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara, Mursyidul Am Pas,
Hashim Jasin mendakwa harga minyak sawit di pasaran melonjak naik
selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu pulang dari
Turki.
Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak, 29 Ogos lalu,
Hashim berkata, Khairuddin telah mengadakan rundingan dengan Turki
selama empat hari bagi tujuan meningkatkan pasaran eksport minyak sawit
ke negara pengimport baharu kepada komoditi itu.
“Apabila dilihat pada natijah apa yang dibuat oleh menteri ini (Khairuddin) banyak yang tidak tahu.
“Saya pun dapat maklumat dalam sehari, dua ini. Sebelum ini minyak
kelapa sawit kita dihantar ke Turki dan melalui Turki sebanyak 700,000
tan (metrik) setahun.
“Dr Khairuddin Takiri pergi sana empat hari berunding, dapat
mengadakan perjanjian MoU (Memorandum Persefahaman) tambah lagi 300,000
tan setahun menjadikan 1 juta tan setahun,” katanya.
Hashim yang juga bekas Ahli Parlimen Arau pada Pilihan Raya Kecil 1998 bagaimanapun mengakui dirinya bukan ahli ekonomi.
“Mungkin ini bab ekonomi saya tidak faham. Saya bukan ahli ekonomi tapi tidak pernah tidak makan.
“Selepas dia (Khairuddin) pergi (Turki), harga kelapa sawit melonjak
daripada kepada 180 kepada 230 atau 250. Wallahualam. Ertinya dia bawa
satu benda yang baik,” katanya.
Sehubungan itu, Hashim mengibaratkan Khairuddin yang juga Ahli
Parlimen Kuala Nerus sebagai burung belatuk kepada rakyat Malaysia.
“Kalau usaha burung hud-hud, berita yang disampaikannya itu membawa
sebuah negara termasuk raja peluk Islam, maka di sini puak-puak itu
suruh letak jawatan.
“Orang yang berjasa. Hud-hud ini, Dr Khairuddin itu belatuk kepada rakyat Malaysia.
“Kelapa sawit naik harga bukan untuk orang Melayu saja, (tapi) untuk
semua rakyat, untuk ekonomi negara,” tambah bapa kepada anak yang tahun
lalu gempar membeli kereta mewah jenis Porsche Cayman itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan