Tiada isu pilih kasih salur bantuan banjir - Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR:
Kerajaan tidak pernah atau sama sekali bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan banjir kepada rakyat termasuklah di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sebarang perbezaan politik perlu diketepikan bagi memastikan rakyat yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.
 
“Kita tidak pilih kasih, cuma prasangka (sesetengah pihak) sering dilemparkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)... bukan saya. 
 
“Saya fikir dalam menangani soal banjir, ketepikan warna-warna politik yang berbeza demi rakyat dan kawasan yang kerap terkesan akibat banjir (dan) kita akan lakukan koordinasi,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN - Rantau Panjang) yang bertanyakan bila peruntukan wang bantuan banjir kepada rakyat di kawasannya akan disalurkan.
 
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, NADMA menyalurkan bantuan sebanyak RM68 juta, masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu bagi menangani soal banjir.
 
Dalam pada itu katanya, proses penyaluran bantuan banjir kini sedang berjalan dan pihak yang terjejas bakal menerimanya dalam masa terdekat.
 
Beliau turut memberi jaminan akan memantau pemberian wang ihsan supaya ia sampai tepat pada masanya kepada mangsa-mangsa terjejas banjir.
 
"Janji kita, sebelum mereka (mangsa banjir di pusat pemindahan sementara) pulang ke rumah masing-masing, mereka harus dapat dahulu (wang ihsan)," ujarnya.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan