Oleh Khairuddin Abdul Rahim
ULASAN Ucapan takziah dari saya yang mewakili Amanah
Negeri Johor kepada keluarga Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat. Dua tahun lalu kami telah kehilangan seorang tokoh yang dikagumi
seluruh manusia di negara ini. Dua tahun lalu juga tubuh kecil yang
berpengaruh itu dijemput Allah untuk pulang bertemu-NYA.
Perjalanan yang jauh dalam jerih mengharungi politik di Malaysia
dengan membawa pendekatan Islam sebagai agama Rahmat Untuk Semua,
kemesraan pendekatan Allahyarham tidak dapat dikikis dari minda kawan
mahu pun lawan.
Bagi ahli Amanah, kami juga pernah bersama-sama Allahyarham Tok Guru
suatu ketika dulu dalam memperjuangkan agama Allah ini. Dengan slogan
'Pas For All', Tok Guru mampu memecahkan tembok perbezaan dengan
meletakkan titik persamaan sebagai matlamat untuk menumbangkan Umno
selaku pemerintah yang memeras.
Dua tahun sudah berlalu. Bayang Tok Guru tidak lagi kelihatan. Dalam
tempoh itu jugalah Pas yang dahulunya dilihat berlawan dengan Umno atas
dasar kebenaran dan keadilan hari ini dilihat mula bermesra dengan Umno
dalam mengharungi politik yang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi.
AL-FATIHAH
Khairuddin Abdul Rahim ialah Setiausaha Amanah Negeri Johor
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan