OLEH KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Apa saja alasan yang presiden PAS berikan ianya melambangkan beliau hanyalah seorang politikus biasa yang serba lemah dan bukannya ulama yang berjiwa besar.
Ulama yang berjiwa besar akan bersikap inklusif, terbuka serta menerima siapa saja dengan penuh keredhaan. Seseorang ulama akan berbaik-baik serta bermaaf-maafan dengan sesiapa saja khususnya bekas para sahabatnya yang berpuluhan tahun berjuang bersama-sama.
Hadi awang sepatutnya berpegang pada prinsip dan amalan nabi junjungan besar iaitu rasulullah saw yang amat bersifat pemaaf, tidak berdendam serta sanggup memeterai perjanjian dengan sesiapa saja termasuk dari kalangan bukan islam semata-mata bagi menjamin kesejahteraan hidup ummah.
Rasulullah saw juga tidak sama sekali berkompromi dengan segala bentuk kemungkaran atau salahlaku tanpa mengira apa saja pangkat mahupun darjat seseorang itu.
Saya nampak sifat hadi awang semakin bercanggah dengan perwatakan rasulullah saw. Ini perkembangan yang amat menakutkan!!
Kita sedang lawan kemungkaran rasuah dan berbagai salah laku yang bakal meranapkan keseluruhan bangsa, agama dan tanahair tetapi presiden PAS ini semakin intim pula dengan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara kita.
Apa nak jadi dengan hadi awang ini?!
Sekurang-kurangnya hadi awang kena ambil ikhtibar serta contoh dari tun dr mahathir mohamad dan dato seri anwar ibrahim. Kedua tokoh ini amat berjiwa besar!! Mereka meletakkan kepentingan bangsa dan negara di atas kepentingan diri!!
Sudah sampai masanya Pakatan Harapan susun strategi untuk memantapkan barisan pembangkang tanpa PAS untuk tawan putrajaya pada pru14 nanti.
PAS adalah sebuah parti hipokrit!! Jangan risau dengan tokoh-tokoh pemimpin PAS macam hadi awang!!
Orang hipokrit bila dia lihat Pakatan Harapan mantap serta kuat dan boleh memenangi pru14 kelak; yakinilah mereka akan buat 'u-turn' seterusnya akan balik ke pangkuan pembangkang akhirnya.
Saya hanya ingin melihat hadi awang untuk buat pengumuman rasmi kearah bekerjasama dengan umno serta Barisan Nasional.
Sekiranya itu berlaku kita semua jangan risau kerana keseluruhan rakyat termasuk bangsa melayu akan tolak parti PAS secara total.
PAS sedang masuk dalam perangkap umno!! Sekali terperangkap PAS akan terkubur tanpa batu nesan buat selama-lamanya!!
Pada hemat peribadi saya, hadi awang semakin merepek!!
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan