Mitos Umno berjuang demi Melayu?

Oleh Arif Atan

Di gerai tadi sempat terus selak ke ruangan rencana di akhbar Utusan Malaysia muka surat 10 & 11. Manalah tahu nak tengok giliran siapa lagi pemimpin Pas tersilap keluar ingatkan diwawancara Harakah :) *Wawancara Abdul Hadi, Nik Abduh sudah siar di Utusan, tau.

Oh, hari ini tiada. Maklumlah Utusan Malaysia sambut hari ulang tahun Umno ke-71.

Eh, kata demi perpaduan Melayu Islam, kan? Kenapa tiada komen pemimpin Pas ke mari puji-memuji (lirik lagu raya Siti pulak! hehe) kepada Umno untuk siar dalam Utusan? 


Sebut demi Melayu Islam bagai ni, betulkah Umno "berjuang" demi itu semua?

Nah, Umno bangunan sejarah milik dia pun tidak dijaga. Gambar ini baru saya tangkap tadi.

Tempatnya di padang Kelab Sultan Sulaiman. Setentang Sekolah Kebangsaan Kampung Baru.

Jadi, kau masih percaya mitos Umno berjuang demi Melayu? "BerjuWang" demi poket dia kejar projek itu, ini walaupun gadaikan tanah, kampung Melayu dengan memainkan sentimen kaum, itu baru betul.

Kau kalau turun Kg Baru, tegur sapa dan sembanglah pakcik, makcik penduduk Kampung Baru di sini.

Nampak saja selekeh jual nasi lemak, jual kuih depan rumah, jual akhbar tepi Jln Raja Alang padahal masing-masing ada tanah tapi mereka berprinsip tak mahu jual walaupun pemimpin Umno selalu hasut suruh jual.

Cuba tanya mereka betulkah Umno (hari ini) berjuang demi Melayu, kalau kau tak kena kuliah kesedaran Melayu yang sebenarnya terancam disebabkan Umno! Ironi, kan?

Sebab apa Umno yang mengancam Melayu? Sebab Umno hari ini elitis, pro pelabur, 'duit adalah raja', rembat projek roboh, sana sini bukan saja warisan sejarah hilang, alam sekitar dari hutan paya bakau, hutan bukit pantai, balak semua terkorban.

Dan hari ini mata kau masih nak mengada-ngada bergenang nak nangis takutkan ancaman 'Cina DAP' bila Buletin Utama TV3 malam nanti mainkan lagu Anak Kecil Main Api?
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan