Melihat kepada politik Selangor yang sedang dihadapi oleh Azmin Ali dengan keadaan tidak menentu, relainya Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan dipimpinnya sejak 4 tahun lalu, meletakkan MB itu bagaikan sedang meniti di atas titian jarum.
Titian jika dibanding dengan jambatan jauh lebih kecil dan rapuh. Manakala jarum pula adalah sesuatu yang halus atau kecil walaupun ia juga diperbuat dari keluli.
Azmin kini memikul beban besar di atas pundaknya dan sedang melalui titian jarum itu. Kenapa saya kata begitu kerana keadaan politik di Selangor membabitkan PKR, DAP dan PAS kini begitu berkemelut sekali. Seperti umum tahun Pas beseteru dengan DAP.
Tidak cukup masalah itu Pas pula berpecah dengan tertubuhnya Amanah. Amanah yang diterima sebagai sekutu Pakatan Harapan mendesak agar ia diiktiraf oleh Azmin, namun Azmin semacam dengar tidak dengar untuk melakukan sesuatu; hendak terima sukar, hendak tolak tidak boleh. Kalau terima Pas akan memberontak dan mengugut untuk mengapa-apakanya.
Amanah pula dalam mata Azmin sebagai tahi cicak sahaja, tetapi kesannya ia boleh "menajiskan" kedudukanya sebagai MB. Bayangkan kalau Amanah bertanding di semua kerusi dalam Piraum akan datang, ia akan menjejaskan peluang Pas untuk menang. Pas sebagai tempat bergantung, dia cukup cemas dengan keadaan itu.
Tidak cukup dengan masalah dihasilkan Pas, DAP dan Amanah, Azmin juga berhadapan dengan masalah dalaman partinya sendiri. PKR kini suka atau tidak, percaya atau tidak ada dua kumpulan tegar, disamping kumpulan kecil. Keseluruhanya Azmin gagal menyelesaiakan segala hambatan-hambatannya itu.
Gagal menyelamatkan hubungan Pas dengan DAP, terburainya Pakatan Rakyat. Gagal untuk mengemukakan formula membaikkan Pas dengan Amanah dan gagal juga untuk mewujudkan hanya satu kem dalam PKR. Kegagalan besar Azmin dalam konteks ini dia tidak serius mengambil roh Anwar memperkasakan parti.
Situasi itu menjadikan Azmin kini persis sedang berjalan di atas titian jarum sambil membawa benanan berat. Trims.-FB Mohd Sayuti Omar

0 comments:
Catat Ulasan